Ahad, 9 Januari 2011
hmmmm
Hari yang mendatang memang banyak perkara atau masalah yang akan dihadapi.Tetapi,adakah kita mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi kepada diri kita sebelum ini.Adakah kita sudah memikirkan apa cara untuk mengatasi masalah sama yang melanda diri kita sebelum ini?.Memang sudah lumrah kehidupan manusia yang sentiasa dibelenggu oleh masalah.Tetapi,bagi yang sudah bersedia dengan pelbagai senjata sudah tentu tidak akan menjadi suatu kesusahan baginya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.Sekarang ini,kita dapat melihat bagaimana dunia sekarang sudah berubah.Pelbagai masalah yang berlaku di seluruh negara samaada penyakit,masalah politik,ekonomi negara dan sebagainya.Sebagai contoh dapat kita lihat,bagaimana situasi bekalan minyak masak yang berkurangan di dalam negara kita.Ini menjadi punca permasalahan kepada kita terutama kepada peniaga gerai masakan atau suri rumah untuk memasak.Contoh yang lain dapat dilihat pada anak-anak muda sekarang ini.Banyak gejala sosial atau vandalisme yang mereka lakukan.Sebagai contoh,pembuangan anak atau bayi.Isu ini menjadi suatu masalah yang berat dalam negara kita.Tiada siapa yang dapat untuk dipersalahkan kecuali kedua ibu bapa yang mendidik anak.Sepatutnya,ibu bapa hendaklah mengawal setiap tingkah laku anak mereka.Ketahuilah rakan sebaya mereka...Perkara seperti ini akan terus menjadi masalah sekiranya ianya tidak dibendung dalam kalangan masyarakat..Oleh yang demikian,sama-samalah kita bekerjasama dalam memastikan masalah-masalah seperti ini akan berkurang..Kita hidup dalam satu kelompok masyarakat haruslah mengamalkan prinsip satu malaysia.Sentiasa bekerjasama walaupun tidak sama agama,warna kulit..Buangkanlah sifat ego dalam diri masing-masing agar perpaduan dapat dieratkan seterusnya SATU MALAYSIA akan menjadi satu kenyataan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan