Khamis, 13 Januari 2011

Lumrah kehidupan..

kehidupan sebagai seorang insan yg bergelar makhluk Allah di muka bumi terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui.Kesemua kesusahan yang dilalui ini merupakan takdir yang telah ditetapkan-Nya kepada hambanya.Oleh itu,sebagai insan yang taat kepada-Nya,hendaklah kita selalu mengingati-Nya walau dimana kita berada.Pelbagai cabaran telah ditetapkan oleh Allah kepada hamba-Nya seperti masalah kewangan,keluarga,sakit,kematian dan sebagainya.Jangan lah kita mengeluh apabila kita ditimpa sesuatu masalah.Selain itu,Allah juga telah menetapkan kesenangan yang bakal kita lalui apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.Namun begitu,dalam kegembiraan ada juga kesedihan yang bakal dilalui.Bak kata pepatah'disangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari'.Ini lah yang dapat menunjukkan betapa perlunya kita mengingati kepada-Nya.Apabila diberi kesenangan oleh Allah,maka kita lupa,nescaya akan ditarik balik segala kesenangan yang di berikan-Nya.Justeru,marilah kita sama-sama mengingati Allah kerana suatu hari nanti kita tetap akan berjumpa kembali dengan-Nya.Kematian tetap akan berlaku.Bertaubatlah selagi pintu taubat di buka.
sekian,wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sahabat blogku...smart2x and comeyy2x smua